Sunday, 27 January 2013

Masisupa

Masisupa Zon 3 telah bermula pada hari Khamis dengan acara pertama adalah Bolasepak di mana perlawanann pertama di antara SMAKT melawan SMAP untuk masin-masing Lelaki Rendah dan Menengah.
Keputusannya seperti di dalam FB

24/1/2013
Status Masisupa Lelaki Menengah Khairiah 2 vs 0 Pelangai, Lelaki Rendah Khairiah 2 vs 3 Pelangai (Penalti selapas 2 2)

Selepas itu pada 25/1/2013 pukul 10.00 pagi Lelaki Menengah telah bertembung dengan pasukan dari SMAIG di mana keputusannya adalah SMAKT 1 vs 0 SMAIG

Perlawanan ketiga pula berlangsung pada 25/1/2013 pukul 8.00 bertemu dengan SMAC yang mana keputusan adalah SMAKT 2 vs 7 SMAC.

26/1/2013 
Update.. Last game petang tadi, Lelaki Menengah 1 vs 5 Wosto
Lelaki Rendah 2 vs 5 "entah"
jadi nyer dapat no. 3 lah SMAKT


Pada pagi ini Pasukan dari SMAC telah bertemu dengan Pasukan SMAW dan dikhabarkan bahawa SMAC telah menang untuk kali kedua berturut-turut untuk acara MASISUPA Lelaki Menengah.

Tahniah diucapkan

Friday, 11 January 2013

2. Tingkatan 5 Graf Fungsi II

Assalamualaikum.

Sebelum ini di Tingkatan 4, kita telah belajar berkenaan pengenalan kepada graf fungsi. Kita telah belajar bagaimana untuk mencari kecerunan, membuat garis lurus, mencari pintasan paksi x dan y dan sebagainya.
Persamaan garis lurus yang telah kita pelajari ialah y = mx + c di mana m adalah kecerunan, dan c adalah pintasan-y

Pada kali ini kita masuk tajuk yang kedua topic Tingkatan 5, iaitu Graf Fungsi II ( Graph Function II).
Terdapat 4 graf fungsi yang terlibat. Yang pertama ialah Graf Fungsi Linear, kedua Graf Fungsi Kuadratik, yang ketiga adalah Graf Fungsi Kubik dan akhir sekali adalah Graf Fungsi Salingan.
Contoh persamaan Graf Fungsi Linear y = ax + b, Graf Fungsi Kuadratik y = ax2 + bx + c (kuasa 2 bagi x ), Fungsi Kubik ialah y = ax3 + c (kuasa 3 bagi x) dan akhir sekali adalah Fungsi Salingan  y = a/x.

Keempat-empat graf ini mempunyai identiti yang tersendiri(seperti yang telah dinyatakan di atas) dan gambarnya adalah berbeza antara satu sama lain.

Untuk soalan ini, ia dibahagikan kepada bahagia a, b, c dan d. Sepatutnya pelajar boleh menyelesaikan masalah yang diberi dari bahagian a hingga bahagian c  kerana telah mengetahui dan memahami konsep persamaan  garis lurus Tingkatan 4. Di bahagian a, pelajar diminta untuk mengisi tempat kosong di dalam jadual yang disertakan, dan seterusnya di bahagian b adalah proses melukis graf berdasarkan jadual yang telah lengkap diisi.Di bahagian c pula pula pelajar diminta untuk mennentukan nilai y dan x. Akhir sekali di bahagian d pelajar perlu gunakan proses penaakulan di mana kita perlu menggabungkan soalan utama dengan soalan di bahagian d dan mencari kaedah untuk menjadikan graf fungsi (kuadratik, kubik dan  salingan) menjadi satu persamaan linear (garis lurus) melalui proses tambah, tolak, dan sebagainya.

Di bawah ini adalah gambar graf yang telah diperkatakan.



Sekian, selamat mencuba dan terima kasih.