Friday, 11 January 2013

2. Tingkatan 5 Graf Fungsi II

Assalamualaikum.

Sebelum ini di Tingkatan 4, kita telah belajar berkenaan pengenalan kepada graf fungsi. Kita telah belajar bagaimana untuk mencari kecerunan, membuat garis lurus, mencari pintasan paksi x dan y dan sebagainya.
Persamaan garis lurus yang telah kita pelajari ialah y = mx + c di mana m adalah kecerunan, dan c adalah pintasan-y

Pada kali ini kita masuk tajuk yang kedua topic Tingkatan 5, iaitu Graf Fungsi II ( Graph Function II).
Terdapat 4 graf fungsi yang terlibat. Yang pertama ialah Graf Fungsi Linear, kedua Graf Fungsi Kuadratik, yang ketiga adalah Graf Fungsi Kubik dan akhir sekali adalah Graf Fungsi Salingan.
Contoh persamaan Graf Fungsi Linear y = ax + b, Graf Fungsi Kuadratik y = ax2 + bx + c (kuasa 2 bagi x ), Fungsi Kubik ialah y = ax3 + c (kuasa 3 bagi x) dan akhir sekali adalah Fungsi Salingan  y = a/x.

Keempat-empat graf ini mempunyai identiti yang tersendiri(seperti yang telah dinyatakan di atas) dan gambarnya adalah berbeza antara satu sama lain.

Untuk soalan ini, ia dibahagikan kepada bahagia a, b, c dan d. Sepatutnya pelajar boleh menyelesaikan masalah yang diberi dari bahagian a hingga bahagian c  kerana telah mengetahui dan memahami konsep persamaan  garis lurus Tingkatan 4. Di bahagian a, pelajar diminta untuk mengisi tempat kosong di dalam jadual yang disertakan, dan seterusnya di bahagian b adalah proses melukis graf berdasarkan jadual yang telah lengkap diisi.Di bahagian c pula pula pelajar diminta untuk mennentukan nilai y dan x. Akhir sekali di bahagian d pelajar perlu gunakan proses penaakulan di mana kita perlu menggabungkan soalan utama dengan soalan di bahagian d dan mencari kaedah untuk menjadikan graf fungsi (kuadratik, kubik dan  salingan) menjadi satu persamaan linear (garis lurus) melalui proses tambah, tolak, dan sebagainya.

Di bawah ini adalah gambar graf yang telah diperkatakan.



Sekian, selamat mencuba dan terima kasih.


2 comments:

  1. The Story of Starburst - Casino Guru
    Starburst 야구분석 is a modern version 바카라 몬 of the 토토 프로토 classic Starburst slot from Playtech and is designed 한게임 포커 머니 상 for yesbet88 medium to large players. The main goal is to

    ReplyDelete